Nuffnang Ads

Monday, March 19, 2012

Suka makan Baskin Robbins? Kenapa eh?






Siapa suka makan aiskrim Baskin Robbins? Mestilah ramaikan. Kebetulan masa balik cuti hari tu, aku mencuci mata kejap kat Wetex Muar.. Memang pada mulanya, aku tak tahu pun akan kewujudannya disini. Memang jarang sekali keluar kebelakangan ni. Kalau balik Muar pun, hanya duduk rumah.. keluar pun dedekat je lah.. Malas nak pergi mengeluarkan duit. Hahaha..


Jadinya, hari khamis yang lepas...sebabkan ada hal nak kebandar Muar..aku pun melencong la sekali. Ini pun sebab memang ada benda yang aku nak beli. Jadinya...ronda la satu wetex tu. Bila dah nampak kiosk Baskin Robbins ni, bila la pula ada mendealah ni kat sini.. Jadinya kaki aku membawa badan dan otak aku sekali untuk menyinggah..




Haaa, tak ramai orang dalam erti kata lain..tak de orang langsung. Makanya, aku pun ringan mulut borak-borak dengan adik keje kat situ. Katanya dari tahun lepas dah ada.. Haaaaa aku ni tak tau langsung pun. Nampak benor yang aku ni kaki duduk rumah (hahahah..yela tu...)


Apa yang aku order? Hmmm beli yang cup paling kecik pun cukuplah. Aku minta yang ada kekacang dan perisa mocha gitu.. sedapppppp


Sesambil aku ngadap eskrem ni nak bagi habis.. sempatlah jamu mata tengok gelagat bebudak sekolah kat situ. Nasib baik waktu kerje, jadinya kurang ramai la orang kat situ. Cuba datang hari Sabtu dengan Ahad.. waduh waduhhh ramai bangat warga bukan malaysia menumpang melepak kat situ..




Taddaaaa bayornya pun hanya RM7.50. Berbaloi ke tidak? Hmmmm ntah le. Makan je lah..hahahaha


Sebelum citer eskrem ni habis, nak tanyalah..kenapa korang suka makan aiskrim baskin robbins ni eh? Bagi aku bebiasa jek. Sedap lagi makan aiskrim MAGNUM.. hehehe.


Sesapa orang Muo.. Pergilahh terjah kiosk Baskin Robbins kat Wetex tuuuu.. Sian adik manis kat situ, tak de sape dia nak  layan. Masa aku ngambil gambor ni pun, dia nyorok duduk bawah. hehehehe


Nak tau lagi pasal eskrem Baskin Robbins ni? Jom terjah website Baskin Robbins kat sini..



0 idea dari anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...