Nuffnang Ads

Friday, March 16, 2012

Waktu petang di kampung halaman.. Wahhh







Bila waktu petang ni, kat kampung.. petang-petang ni lah waktu duduk kat luar rumah tengok pokok-pokok, tengok jalan.. hahaha. Temankan mak kat luar,tanam pokok.

Sesambil tu nengok lah pokok sukun dengan pokok mangga yang tengah berbuah hebat.. Bestnya bilalah nak masak ni kan.. Pokok mangga rumah mak aku ni dah lama merajuk. Kali ni je lebat buahnya. Yer la, dah bagi baja yang terbaik..mestilah banyak buahnya.. Manis mangganya ni..

Kebetulan anak buah aku ada balik, merajin pula tolong atoknya kat luar rumah. Bebudak ni memang suka main tanah ni kan..

Pokok sukun rumah mak aku ni memang sentiasa je berbuah. Puaslah makan bertahun-tahun.. Sampaikan ayah aku jual kat orang lah. Ramai juga yang datang rumah sebabkan minat dengan buah sukun ni. Memang best lah. Buat goreng minum petang cecah sambal kicap dengan air kopi 434 Muar.. Korang suka tak makan buah sukun ni?

Published with Blogger-droid v2.0.4

0 idea dari anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...