Nuffnang Ads

Sunday, April 29, 2012

Sudahkah anda?saya sudah, walaupun...





Pejam celik pejam celik dah nak mulakan hari Isnin balik. Sangat pantas masa berlalu sekarang ni kan. Rasa macam tak dan je nak siapkan kejer. Masa ni selalu sangat mencemburuiku.. Makanya, haruslah sentiasa menghargai setiap detik masa dan yang sewaktu dengannya..





Dalam tak sedar, masa nak setelkan income tax pun berlalu dengan pantas juga.. tetiba baru tersedar yang aku belum lagi setelkan e-filing bagai..wahhh cuak lak rasa. Takkan nak kena denda free free kan. Benda yang mudah je tu. Hanya klik klik klik, semuanya dihujung jari aje.. Tapi sebabkan dah lewat..aku ke pejabat LHDN la untuk setelkan semuanya. Sempat la buka website untuk pastikan kaunter buka ke tak hari Ahad. Alhamdulillah, nasiblah buka. Makanya cecepat la aku kesana. Sampai pagi,jadi tak lah ramai sangat orang. Eh, ke aku yang lambat buat????hehehehe..

Mesra staf LHDN kat situ..dilayan aje segala kemusykilan aku. Kalau buat sendiri memang tak reti la kan. Tapi sebabkan dah paham..pas ni leh la uruskan sendiri dan kena simpan segala resit belian yang berkaitan..terutamanya bab beli buku dengan rawatan di klinik.. Rugi kalau tak claim, setahun tu..banyak beli buku ilmiah kan..

Senang je. Memula isikan borang dan ada staf LHDN yang akan guide kita masa isi form tu. Ada kiraannya, ntahlah tak berapa tau sangat bab bab kira ni..Aku ikut je apa dia suh.hehehe.. Pas tu pergi ambil nombor pin dan mulakan isi e-filing. Disediakan satu bilik lengkap dengan kelengkapan. Laju sangat line internetnya. Senang je..follow je instruction dan next next aje. Dah siap, cetak je result bayaran yang kena. Sekejap je setel semua urusan. Kenalah bayar sedikit cukai.. tak pelah, bayar je. Bukan susah mana pun.

Eh, korang kena tak bayar income tax ni? Setahu aku..kalau jumlah gaji tahunan lebih dari RM26,000.. memang kena bayar dan isikan income tax ni..Jangan kena denda lak nanti. Tak banyak pun kena bayar. Kena ambil tahu gak, jangan jadi macam diriku ini..dah lewat, baru nak tahu pasal semua ni.


p/s: Eh, kalau tak silap..tarikh last selesaikan income tax ni 30 April kan..tapi staf LHDN tu ada cakap, ada masa lanjutan sampai awal Mei ni kalau tak silap..Tapi dia bagitau..lebih baik selesaikan cepat dan jangan nak tunggu last minit...hehe

Lega rasanya dah setelkan semuanya..Legaaaaa...



Monday, April 23, 2012

Subur dengan Syukur




Orang yang bersyukur sentiasa malu untuk "dimiliki" selain oleh Allah. Apabila manusia tidak merasakan memiliki dan dimiliki, hatinya subur dengan syukur. Itulah kemuncak ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup.

Manusia bukan sahaja tidak pandai berterima kasih kepada sesama manusia. malah tidak pandai berterima kasih kepada Allah; Tuhan yang mencipta, menjaga dan memberi nikmat yang tidak terhitung. Berterima kasih kepada Allah iyulah yang dinamakan bersyukur.

Petikan ayat diatas diambil dari Majalah Solusi isu ke 43. Sangat berbaloi membelinya. Banyak ilmu yang dapat diperolehi.. Korang setuju tak dengan petikan ayat diatas?



Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, April 11, 2012

Sekolahku diakhbar Berita Harian,Sisipan Didik..




Terasa bangga bila membaca dan melihat perihal sekolahku dituliskan didalam akhbar Berita Harian Sisipan Didik hari Selasa 10 April 2012. Jika ada yang membeli akhbar tersebut..bolehlah baca dengan lebih lanjut lagi...



Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, April 10, 2012

Mcflurry Horlick Crunch memang sedap..



 

Dalam keadaan hujan, sejuk membuatkan perut ni cepat sangat terasa kelaparan.. Jadinya,balik petang tadi aku singgah McDonalds untuk beli apa yang patut.. Mata ternampak akan iklan baru McFlurry. Eh...macam sedap je tengok gambarnya..hahaha


Jadinya,tanya staf situ best ke tak ye.. Dia kata try lah..hmm sebabkan macam sedap aje.Aku pun order.. Harganya cuma RM4.50 sahaja. Rasanya memang yummy sesangat.Tak rugi untuk try. Ada horlick, crunchy, dengan nestum tak silap aku.Best sangat. Tapiiiii manis la pulak. Kena sediakan air masak pas makan Mcflurry Horlick Crunch ni tau. 


Korang dah rasa?Aku syorkan korang try.Memang bestttt...



Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, April 8, 2012

Kisah Merah Jambu..Pink Pink..





Petang hujung minggu ni dengan iringan hujan lebat beserta petir guruh..aku terbaca kisah merah jambu dalam majalah Intrend.. Syok gak tengok kaler pink ni. Lagipun aku memang peminat pink.

Apa kisah pink ni?Jom baca..

~Merah jambu ni biasa dikaitkan dengan sifat pasrah, penyerahan, kesempurnaan, keayuan dan kesantunan.

~Elas Schiaparelli adalah pereka fesyen pertama memperkenalkan warna ini kepada fesyen Barat dan digelar "Shocking Pink".

~Di Jepun, warna bunga sakura (berwarna merah jambu) dikatakan mewakili pahlawan muda Jepun yang gugur dalam pertempuran.

~Warna merah jambu dapat merangsang tenaga dan meningkatkan pernafasan , degupan jantung, dan kadar denyutan nadi.

~Marrakach, salah satu bandar di Maghribi yang dikaitkan dengan warna pink kerana dinding bangunannya banyak dicat dengan warna pink sehinggakan dikenali sebagai "Rose City".


Haa menarik gak kisah pink ni.. Sape peminat pink kat sini?



Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, April 3, 2012

Set Fire To The Rain, Adele..





Adele..Namanya menjadi sebutan sekarang ni kan.. Walaupun terlambat untuk aku meminati lontaran suara dan lagu-lagunya..tapi aku memang minatlah dengan attitude dia. Memang kalau tengok video klip lagunya memang terpaku aku sekejap. Memang best.


Banyak lagu-lagu dia yang aku suka dengar. Antaranya Someone Like You, Rolling In The Deep dan juga Set Fire To The Rain. Aku memang suka sangat dengar suaranya yang lain dari yang lain tu.. Jadinya, meh kita layan jap dengan tengok video klip ni. 




Lirik Lagu Set Fire To The Rain


I let it fall, my heart,
And as it fell you rose to claim it
It was dark and I was over you
Until you kissed my lips and you saved me

My hands, they're strong
But my knees were far too weak,
To stand in your arms
Without falling to your feet

But there's a side to you
That I never knew, never knew.
All the things you'd say
They were never true, never true,
And the games you play
You would always win, always win.

[Chorus:]
But I set fire to the rain,
Watched it pour as I touched your face,
Well, it burned while I cried
'Cause I heard it screaming out your name, your name!

When I lay with you
I could stay there
Close my eyes
Feel you here forever
You and me together
Nothing is better

'Cause there's a side to you
That I never knew, never knew,
All the things you'd say,
They were never true, never true,
And the games you play
You would always win, always win.

[Chorus:]
But I set fire to the rain,
Watched it pour as I touched your face,
Well, it burned while I cried
'Cause I heard it screaming out your name, your name!

I set fire to the rain
And I threw us into the flames
Where it felt something die
'Cause I knew that that was the last time, the last time!

Sometimes I wake up by the door,
That heart you caught must be waiting for you
Even now when we're already over
I can't help myself from looking for you.

[Chorus:]
I set fire to the rain,
Watched it pour as I touched your face,
Well, it burned while I cried
'Cause I heard it screaming out your name, your name

I set fire to the rain,
And I threw us into the flames
Where it felt something die
'Cause I knew that that was the last time, the last time, ohhhh!

Oh noooo
Let it burn, oh
Let it burn
Let it burn 



Korang minat tak??? Best kan..Syokkk. Hehehehe

Monday, April 2, 2012

3D Movie, 3D Pizza..memang terbaik. Apa lagi tunggu???





Selama ni kita selalu dengar pasal movie 3D kan? Kalau tonton movie 3D ni memang puas sesangat lah. Terasa diri aku berada dalam story tu. Memang terbaiklah.. Aku memang suka kalau tengok movie 3D ni. Rasa real sangat..Semuanya didepan mata. Kalau citer seram ke action ke, memang terjerit-jeritlah macam gambar atas ni.. Ye kan?? Korang macamana? Suka tak???


Tapi kan..kali ni bukan setakat movie je yang ada versi 3D.. Sekarang ni Pizza pun dah ada 3D gitu..kelassss gituuuu..




Haaaa..apa kata korang cuba lak makanan 3D Pizza ni. Memang terbaiklah. Sama hebat macam tengok 3D Movie gitu. Hebakkk!!! Sampai sekarang ni masih lagi terasa kelazatannya Triple Chicken Sensation Pizza dari Pizza Hut ni. Puas hati sehhh.. Selalu kalau aku order pizza..mesti pilih Hawaian Supreme ataupun Chicken Supreme.. Tapi kali ni aku suka sesangat dengan Triple Chicken Sensation Pizza ni. Bessttttt...


Ok, ada 2 Triple Sensation iaitu Triple Sensation Platter dengan Triple Chicken Sensation Pizza. Disebabkan iklan TV yang teramat kuat pengaruhnya pada diriku yang suka makan ni.. Makanya, terjejaklah kakiku ini ke Pizza Hut.




Sebabkan nak kejar masa dan nak nikmati keenakan 3D Pizza ni, aku take away saje..Lagipun takut gak perut tak muat nak perabiskan semuanya sekali. Jadi, bungkus sajaa.. Haaa masih terasa kepanasannya bila sampai kat rumah tau..




Inilah rupanya Triple Sensation Platter bila ditake away.. Ok la sesangat tau.. Memang terbaik lah.. Kalau korang belum try lagi..Pergilah yek. Harganya cuma RM13.30 sahaja..








Best tak? Terliur tau aku bila tengokkan gambar ni balik. Nak ulang makan lagi sekali lah.. Sape nak join? Jom jom jom Pizza.. Fuhhhh!!!!




Ini pula Triple Chicken Sensation Pizza.. Harganya cuma RM23.50 saje. Ini saiz regular pizza..tapi kekenyangan tahap tak ingat tau.. Sedap sangat sebab topping pizza ni penuh dengan Delightful Chicken Loaf, Succulent Chicken Salami, Fluffy Chicken Floss. Memang best tau..




Syok sesangat dapat makan 3D Pizza Hut Triple Sensation. Sangat berpuas hati. Tapi kalau korang pengguna Maybank Card..bolehlah dapatkan diskaun 30% dari harga yang nak kena bayar tuuuu.. Sangat murah tau. Apa lagi pengguna Maybank Card?? Moh le kita...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...