Nuffnang Ads

Saturday, May 19, 2012

Oh My English! Astro TVIQ 610.. Rancangan yang menarik!!!





Salam hari minggu.. hari ni terdetik pula nak bercerita mengenai Program Oh My English! yang akan disiarkan di Astro TVIQ selama sejam pada 20 Mei 2012 ni pada jam 10 pagi.. Selalu juga aku lihat selingan program ni kat TV..lepas tu baca pula entri dari Blog Hanis Zalikha yang buat VLOG mengenai Oh My English! Kelakar pula dengan gaya-gayanya..Menarik!!!Mesti ramai yang dah tonton VLOG Hanis Zalikha mengenai Oh My English kan..


Sebagai seorang cikgu, aku memang setuju juga la rancangan sebegini diperbanyakkan. Bukannya disajikan dengan drama lelehan air mata dan juga aksi-aksi yang tak senonoh serta pelbagai kata-kata kesat yang didengarkan kepada anak-anak muda zaman sekarang ni. Sebab apa?sebabnya kanak-kanak akan cepat meniru segala perbuatan yang dilihat tanpa memikirkan segala keburukannya.


Ok,berbalik dengan Oh My English ni.. Sekarang ni ramai juga yang selalu menggunakan ayat-ayat yang salah semasa menulis mahupun bercakap dalam english. Banyak contohnya yang boleh kita lihat seperti video yang telah dipamerkan di website OhMyEnglish!


Jom tengok slot video yang menarik ni. Hehehe Chop!!



Yang ni pula..Can you borrow me.. Hehehe..



Semua video tu aku dah tonton dan memang tergelak dan tersengeh aku sesorang. Sebabnya, ada juga yang aku gunakan..camana tu???Cikgu pun kekadang salah aplikasi gak. Manusia kan, mana ada yang sempurna 100%..Macam biasa orang cakap "kuah rojak". Hehehe..


Haaa korang tau tak, sekarang ni sistem pendidikan di negara kita ni titik beratkan MBMMBI. Apa pula tu kan? Kalau cikgu, pastinya tau lah kan.. MBMMBI maknanya ialah Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuhkan Penguasaan Bahasa Inggeris. Jadinya, memang moleklah ada rancangan Oh My English ni.


Dengan adanya rancangan berbentuk humor ni, mungkin sedikit sebanyak dapat membantu rakyat Malaysia bercakap/ bertutur dengan penggunaan ayat yang betul. Sebenarnya, cara sebegini memang cepat untuk diingati.. Para pelajar pun boleh tingkatkan penguasaan bahasa inggeris mereka.




Ok, jomlah tonton rancang humor berilmiah ni di..

Astro TVIQ, saluran 610
20 Mei 2012 (Ahad)
10.00 pagi

untuk permulaan, slot ini akan disiarkan selama 1 jam.. Meh la kita, belajar dalam keadaan yang santai..
Kalau nak tahu dengan lebih lanjut lagi mengenai rancangan ni, bolehlah ke



Friday, May 18, 2012

Chicken Foldover dan Sundae Caramel McDonald's..


Seperti biasa, tatkala perut berkeroncong minta diisi, hmm apa yang terlintas difikiran masa tu adalah makan makan dan makan lagi. Dah la dengan cuaca panas sekarang ni, bila sampai rumah tu..kepenatan dan tidaklah ada mood untuk memasak..Jadinya, sebelum sampai depan pintu rumah.. haruslah menyinggah dimana-mana untuk mengisi perut yang berbunyi keroncong itu. Hahahaha..


Apa lagi kan.. Jom try Chicken Foldover dari McDonald's.. Apa kata try ni kan. Macam best je. Dan serius memang bestlah. Kebetulan beli masa waktu lunch hour kan.. Jadi dapatlah harga murah. Harga asal dalam RM12.25 kot dan aku beli RM9.95 kot. Lupa la plak.. Bih kurang cam tu lah harganya..










Yum Yum Yum.. sedappp.. Cara nak makan pun senang aje. Ala-ala poket gitu. Roti yang digunakan memang healthy la. Kenyang betul.. Korang dah try?


Kebetulan masa tu, terasa lak nak makan aiskrim sundae caramel.. Eh, memang menyelerakan lah..




Amacam? Nak try? Jom Jom..




Thursday, May 17, 2012

Apa ada dengan hadiah???


Penting ke hadiah ni? Hmm.. masing-masing ada pendapat tersendiri kan. Tetapi kalau tanyakan pada kanak-kanak dan sesiapa saje, tentunya memang suka kalau dapat terima hadiah ni. Benda free dan ikhlas diberi dengan seadanya memanglah dialu-alukan.


Pada suatu petang, semasa aku nak beli barang ni..




Kakak : Dik, mana beli bag tu? ( berulang kali dia panggil.Ingatkan cakap dengan sape.Rupanya dengan aku. hahaha.. tegurlah dekat-dekat kan.Sopan la sikit..)
Me : Oh, ada kat situ..(Sambil pointing pada satu tempat)
Kakak : Ok

Masa nak bayar tu, dia mengomel dengan cashier ...

Kakak : Hmm ni lah anak sekarang.. nak beli hadiah la, nak bagi kat cikgu diorang. Kang tak beli, dia tengok kawan lain ada, tak seronok plak.
Cashier : Ye la, tapi apa salahnya belikan. Dah cikgu tu ngajar anak kita kan.
Kakak : Yer la, kena la beli. Yang memurah je la. Asal ada.
Cashier : Senyum jek.


Hmm aku sebagai seorang guru yang mendengar perbualan diorang rasa macam nak je menyampuk. Tapi, tak pelah.. Cikgu ni tak de ye nak minta-minta hadiah dari anak murid dia. Bagi aku, tak de hadiah pun ok aje. Yang penting diorang ingat, wish dan amalkan apa yang aku ajar pada diorang. Hadiah yang paling bermakna bagi seorang guru adalah kejayaan anak-anak didiknya dan ganjarannya hanya dapat diterima disana nanti. InsyaAllah..




Tetapi aku tetap bersyukur sekiranya ada anak didik aku yang ingin berikan hadiah padaku dengan ikhlas. Tak kisahlah barang pemberian mereka tu murah atau mahal.. Terharu sangat bila ada sedikit nota yang ditulis mengatakan yang dia kumpul duit khas nak belikan hadiah. Huhuhu.. Apa yang aku balas hanyalah ucapan terima kasih sangat dan doakan kejayaan yang terbaik untuk mereka SPM nanti.. Terima kasih ye pada semua yang berikan cikgu hadiah. Cikgu tak kisah pun apa yang kamu bagi. Cikgu terima seadanya.. Yang penting berikan cikgu kejayaan yang baik untuk keputusan SPM nanti. Ramai yang janji tu tadi. Mudah-mudahan kan..
 


Terima kasih atas semua ini..


Dan hadiah yang paling bermakna sekali ialah pemberian seorang guru semasa sessi tukar-tukar hadiah. Tak tau plak siapa yang bagi ni. Tapi, terima kasih..Memberi manfaat padaku. Seronok gak baca. Baru sempat baca bab permulaan je dulu..


Buku Selamat Pagi Cikgu oleh Zainal Haji Bujang


Perlu ke tidak berikan hadiah? Jika niat untuk menggembirakan insan yang tersayang..tidak salah kan.. Tapi jika sampai pemberian itu untuk menunjuk-nunjuk dan menimbulkan riak serta menyusahkan seseorang itu..lebih baik tak perlu. Wallahualam..




Wednesday, May 16, 2012

Terima Kasih Guruku oleh AFI junior, Lirik lagu oleh Melly Goeslow, Syifa P..


Ok, hari ni kan hari khas untuk semua para guru. Jadinya, pagi tadi aku telah mendengar sebuah lagu yang menarik. Hmmm nape sebelum ni tak perasan akan kewujudan lagu ni yek? Lagu Terima Kasih Guruku ini dinyanyikan oleh penyanyi Indonesia iaitu AFI (Akademi Fantasia Indonesia) junior yang mana penulisnya tak lain tak bukan ialah Melly Goeslow dan juga Syifa P.


"YOU CANNOT TEACH MAN ANYTHING, 
YOU ONLY CAN HELP HIM TO FIND IT WITHIN YOURSELF"
by Galileo Galilei




Terima Kasih Guruku

Pagiku cerahku
matahari bersinar…
ku gendong tas merahku
di pundak…

Slamat pagi semua
ku nantikan dirimu
di depan kelasku 
menantikan kami..

Guruku tersayang
guru tercinta
tanpamu apa jadinya aku…

Tak bisa baca tulis
mengerti banyak hal..
guruku terima kasihku…

Nakalnya diriku kadang buatmu marah…
namun segala maaf kau berikan..

chorus:
Guruku tersayang …
guru tercinta tanpamu apa jadinya aku…
tak bisa baca tulis mengerti banyak hal…
guruku terima kasihku…


Lirik lagu ni memang kena dengan guru lah. Artis, Penulis lirik, Penyanyi Melly Goeslow ni memang berbakat. Boleh dikatakan kesemua lagunya memang superb. Mempunyai makna yang mendalam dan kebanyakan lagu dari Indonesia memang sedap menjadi halwa telingaku.



Selamat Hari Guru...Terima Kasih Guru..



Hari ni 16 Mei 2012, adalah merupakan Hari Guru. Selamat Hari Guru kepada semua rakan-rakan seperjuangan ku.

Tak lupa juga aku ingin ambil kesempatan ini untuk berterima kasih pada semua bekas guru sekolah rendah ku di SRK Jalan Kuantan 1 KL, guru sekolah menengah ku di SMK Puteri Titiwangsa, SMK Convent Muar dan juga SM Teknik Melaka serta pensyarahku di UTM dan juga di Institut Perguruan Darul Aman, Kedah. Masih terbayang-bayang lagi wajah mereka yang mengajarku erti kehidupan ini. Dan sekarang giliranku pula untuk memegang gelaran guru itu..

TERIMA KASIH GURU! Tiada hadiah yang lebih bererti dan bermakna bagi seorang guru melainkan melihat kejayaan anak-anak didik mereka..

Published with Blogger-droid v2.0.4

Yang Mana Satu? Tupperware ke Storage Jar???


Dalam dilema nak bagi yang mana satu ye?







Storage jar ni pun ok nak bagi orang kan? Banyak gak gunanya..



Tapi, kalau peminat Tupperware, mesti suka kalau dapar hadiah ni kan? hehehehe


Yang mana satu yang akan aku pilih? Haaa tunggu hari Rabu lah ye. 
Malam Selasa baru decide nak bagi apa.. Sempat ke tak ye? Hmmm



Wednesday, May 9, 2012

Vanilla Car Semerbak..


Alangkah seronoknya kalau dapat aiskrim Vanilla dalam keadaan cuaca sekarang ni yang panas hangat kan.. Memang sejuk je anak tekak ni ditambah pula dengan perasanya yang sedap tu. Korang tau ke vanilla ni asal dari mana?Hahahaha..cer tanya pakcik google.Dia ada jawapannya..

Kalau sebut haruman kereta, sekarang ni banyak jenama dah ada dipasaran. Selalu yang aku beli sudah tentunya Ambi Pur. Tak de jenama lain pun dan baru-baru ni, aku telah disogokkan dengan haruman baru dengan packaging yang menarik juga aku rasa. Harganya pun sama je dengan refill Ambi Pur tu.

Ada 5 haruman yang menarik iaitu Lemon, Apple, Pacific, Aqua dan Vanilla. Tapi yang tetap menjadi pujaan deria bauku ialah Vanilla.. Sedap baunya. Nyaman je bila drive kereta lelama tu..






Belum pernah lagi aku jumpa pewangi kereta ni kat luar. Korang ada tak jumpa? Rasanya nak menambahkan stok lagi. Hari tu, beli satu je untuk test.. Tapi berbaloi gak beli, dengan harga RM10 aje. Itu pun aku beli melalui kawan.. Nak jumpa member tu pula, jauh la kan. Ingat nak cari sendiri atau beli online je pas ni.



  

Cute je botolnya tapi kreatif la depa ni buat macam ni. Cara nak guna pun senang je. Hanya bukakan penutup plastik kat dalam tu dan tongengkan botol sampai membasahi kayu penutup tu. Kalau kayu tu dah mulai kering..tonggenglah balik. Satu botol cute tu boleh tahan 45 hari ataupun lebih dari tu.



Dah siap, bolehlah gantung ikut suka hati kat mana nak letak.. Memang nyaman dan tenang memandu dalam keadaan panas dan dalam keadaan yang lama.. Satu botol ni saiz 8ml dengan harga RM10.


Korang dah try?Nak beli online pun boleh. Klik je kat Sini. Semerbak.net



Friday, May 4, 2012

Demi Masa..


Masa Itu Emas kan..Pelik pula kalau dalam sehari tu kita tak tengok masa. Betul tak? Dan lagi satu, terasa janggal pula bila tidak memakai jam tangan.. Memang kepelikanlah bila tengok lengan, tak de jam. Susah juga kan. Nak nak keperluan tugasan ku yang memerlukan aku untuk sentiasa melihat masa..


“Demi Masa.. Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran” (Q.S. al – ‘Ashr : 1 – 3)


Jadinya, sekarang ni tengah dok aim jam tangan baru.. Yang lama, dah jadi sejarah Roscani.. huhuhu sedih sangat..Bila diingatkan balik, memang rasa tak puas hati dan nak marah aje.. Sabar sabar..



 
Aigner Arte Ladies Watch


Aigner San Remo Gents Watch


 Yang mana satu nak ni ye? Tolong Tolong..hehehehe..






Thursday, May 3, 2012

Kuih Kertas Sedapnyaaa... Korang pernah rasa??





Inilah rupanya kuih kertas. Kenapa nama dia kuih kertas? Ntah lah..aku pun tak tau. Orang kata kuih ni hanya femes di Johor aje. Resipi orang bugis kot. Agaknya lah, sebab family mak berdarah bugis.Ni pun..mak aku yang bagitau. Memang tak pernah lagi aku jumpa kuih ni dijual dikedai. Mak aku kata, ni resipi keluarga. hehehe..tak tau la yang benarnya. Tapi bila aku google nama kuih kertas dan resipinya..memang lain benar dengan resipi kuih yang mak aku buat ni.. Makanya, betul la kot resipi keluarga..


Aku kalau balik kampung, memang kejenya asik makan aje. Air tangan mak memang yang terbaik kan??? Mak aku selalu cerita, masa dia kecik-kecik dulu..memang selalu kena turun dapur tolong atok aku masak. Sebabnya, mak aku anak yang kedua dari 13 adik beradik..ramai kan? Jadinya, atok aku akan masak dan buat kuih sendiri untuk makan-makan. Kalau beli, memang tak padanlah dengan anak yang ramai tu..


Mak aku citer, waktu malam..sesambil mak aku basuh pinggan..atok aku akan buat kuih kertas ni..dia parut ubi kayu dan goreng dan salut dengan gula.. Lepas tu, buat makan panas-panas gitu. Konon ala-ala supper la cam tu. Buat pun tak banyak..makan dan dan tu gak la habis..Mak aku kata, kalau nak bagi semua makan..memang sekejapan je la habis..ramai gitu kan..


Banyak gak resipi lama yang mak aku terer buat.. Yang terutamanya kuih makmur, jeli kering, halwa maskat, acar buah dan banyak lagi lah..Mak memang terer bab-bab masak..tapi tak lak menurun kat aku ni lagi..huhuhu


Nak resipi kuih kertas ni? Aku pun tak le terer nak bagi sukatannya.Sebab mak aku main suka hati sukat dan campak dan gaul..hehehehe. Yang penting mestilah guna ubi kayu, diparut dan ditambahkan air untuk lekatkannya dan digoreng.Lepas dah goreng, disira dengan gula. Makan panas-panas..tak terasa kejap je dah licin pinggan. Memang terbaik..


Ada tak yang pernah makan kuih ni???



Ladies Miniature and Fragrances dengan harga rendah meletup! Sales! Mana satu nak ni?


Offer untuk fragrances atau perfume datang balik dengan sales sebanyak 40%. Wahhh banyak yang menarik untuk dipilih.. Murah lak tu.. Tengah memilih yang mana satu nak beli.


 Ralph Lauren Women's Fragrance Collection
 Normal price : RM142
Offer price : RM74


 Calvin Klein Beauty EDP Spray
Normal price : RM232
Offer price : RM121


 Estee Lauder Pleasures Bloom EDP Spray
Normal price : RM210
Offer price : RM126


Ferragamo Incanto Bloom Solid Perfume
Normal price : RM144
Offer price : RM88


Memang menarikkan harganya..Banyak lagi yang ada offer. Tapi ini antara yang aku minatlah. 
Yang mana satu ye yang best?



Wednesday, May 2, 2012

I've Got Your Number by Sophie Kinsella





Siapa peminat novel Sophie Kinsella? Aku rasa mesti korang dah dapatkan novel I've got your number ni kan? Aku baru je start nak baca novel ni sebab fresh lagi..baru je beli ahad lepas kat Popular Seremban 2.. Menarik pula untuk dijadikan bahan bacaan santai kan.. Kalau korang minat, buku ni harganya RM69.90 sahaja.. Moh le kita baca sesama. hehehe...


Kalau korang berminat nak tau sinopsis novel ni, bolehlah baca dari official website Sophie Kinsella ni.



Tuesday, May 1, 2012

Blog alyzafisol.com Giveaway




Blog Alyzafisol sekarang ni tengah buat giveaway. Hadiahnya menarik juga..nun jauh dari Cambodia gitu. Siapa yang berminat, bolehlah terjah ke blog alyzafisol.com


Aku nak ajak mereka-mereka ini untuk join sama..



Tarikh tamat GA ni pada 10 Mei 2012. Jom reramai meriahkan GA ni.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...