Nuffnang Ads

Friday, June 22, 2012

Al-Quran al-Karim dengan Panduan Wakaf dan Ibtida’


Al-Quran al-Karim dengan Panduan Wakaf dan Ibtida’ ? Korang pernah baca atau tahu tak mengenainya? Aku pun dapat maklumat ni dari mak aku yang telefon tadi yang mana dia suruh aku belikan. Katanya dia dapat tahu setelah baca suratkhabar Utusan Malaysia Jumaat,22 Jun 2012. Kalau sesiapa ada baca, mesti tahu kan..


Yang tak baca suratkhabar hari ni, meh aku dah tolong letakkan kat sini. Nak juga tahu apa lah yang mak aku bagitahu tadi. Katanya, masuk kat facebook Telaga Biru. Ada iklan kat suratkhabar tu yang bagi maklumat mengenai cara beliannya. Yer la, mana lah mak aku tahu nak beli guna internet kan. Kalau kat kedai buku biasa memang belum ada lagi jualannya ni. Jadinya, disuruhlah anaknya tolong belikan. Memang nak sangat nampak gayanya. Kalau tak, tak de lah sanggup tepon anaknya ni. Hehehe..Katanya boleh dapatkan dengan harga promosi iaitu hanya RM50 sahaja..

Ini maklumat yang aku dapat :

Judul : Al-Quran al-Karim dengan Panduan Wakaf & Ibtida'
Penerbit : Telaga Biru Sdn  Bhd
Harga : RM75.00


Ok, ini pula keratan akhbar mengenainya.. Akhbar Utusan Malaysia, Mega.
 


Jadinya, setelah aku baca mengenainya, barulah ku faham...
Ini adalah sedikit petikan yang aku ambil dari SINI

ALANGKAH baiknya jika terdapat sebuah al-Quran yang dapat memberi panduan untuk seseorang itu memberhentikan bacaan (wakaf) dan memulakan bacaan (ibtida’) pada ayat-ayat yang panjang yang tidak terdapat tanda-tanda wakaf."

Itulah luahan rasa yang menjadi cetusan idea pensyarah Jabatan Bahasa Asing, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Abd. Rauf Hassan lewat solat Subuh, kira-kira tiga tahun lalu.

Malah ilham itulah yang telah membawa kepada terhasilnya Al-Quran al-Karim dengan Panduan Wakaf dan Ibtida’ yang dijangka berada di pasaran awal Julai ini.


Gambar dari carian Google dan Akhbar Utusan Malaysia.

Kalau tengok gambar tu, mesti korang kenal kan? Ustaz Hassan Azhari. Masa zaman kanak-kanak aku dulu, selalu tengok rancangan Muqaddam yang dikendalikan oleh beliau..



Kalau korang nak tahu lebih lanjut, aku rasa lebih baik korang baca artikel DISINI. Lebih bagus baca artikel Hadiah Istimewa Buat Ayahanda yang telah ditulis oleh wartawan di link atas ni.


Memang harus dapatkan Al-Quran al-Karim dengan Panduan Wakaf dan Ibtida' ni. Katanya, Telaga Biru akan mengadakan Jualan Gudang besar-besaran nanti. Bolehlah dapatkan buku-buku terkini dan best sellernya dengan harga diskaun yang menarik sempena untuk menyambut bulan Ramadhan disana nanti. Jom kita. Tarikh jualan gudang Telaga Biru : 13, 14, 15 Julai 2012.





 

3 idea dari anda:

raufhassan said...

Assalamualaikum

Saya Dr. Abd Rauf Hassan dan sesiapa yang ingin melihat contoh Quran dengan pandua waqaf dan ibtida' ini bolehlah emel kepada saya raufhassan2011@gmail.com.

Wassalam

raufhassan said...

Assalamualaikum

Untuk melihat contoh al-Quran dengan panduan waqaf dan ibtida', bolehlah layari blog saya drabdulrauf.blogspot.com

Nur said...

salam..terima kasih di atas perkongsian ini..sy merupakan pengedar buku2 keluaran telaga biru.. InsyaAllah boleh dapatkan dgn sy hubungi Nur 017-3444579

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...