Sebelum ni aku ada buat entri Al-Quran al-Karim dengan Panduan Wakaf dan Ibtida’. Jadinya, ada yang bertanya bagaimana nak dapatkan naskah ini.Bila dapat je tahu mengenai jualan naskah ni, aku ada bertanyakan pada pihak Telaga Biru Fan Club di facebook. Jadinya, tadi ada balasan bagaimana nak membelinya..
Cara untuk mendapatkan naskah Al-Quran al-Karim dengan Panduan Wakaf dan Ibtida’ ini adalah melalui Jualan Gudang Telaga Biru Julai ini dan juga secara online.
CARA 1:
Jualan Gudang Telaga Biru :
Tarikh :
13, 14, 15 Julai 2012
Tempat :
Ibu Pejabat Telaga Biru.
28, Jalan Tembaga, Sri Damansara Industrial Park, Kuala Lumpur
CARA 2 :
Belian secara online :
Website Stormreaders Network
Ok, bila dah tahu ni, bolehlah kita sama-sama dapatkannya..Harapnya maklumat ni dapat membantu sedikit sebanyak berkaitan dengan pembelian
Al-Quran al-Karim dengan Panduan Wakaf dan Ibtida’.



8 idea dari anda:
AL QURAN ini untuk sendiri atau diwakafkan?
Assalamualaikum
Sesiapa yang ingin melihat contoh bagi al-Quran waqaf dan ibtida ini bolehlah menghubungi Dr. Abd Rauf Hassan di emel raufhassan2011@gmail.com, saya akan emelkannya.
Idea Al Quran wakaf nie memang bagus... InsyaALLAH saya akan berikan sumbangan
bagus konsep ini..melabur untuk akhirat...
Assalamualaikum
Pertamanya al-Quran in bukan untuk diwaqaf malah ia untuk dibaca dan boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja. Quran ini merupakan yang pertama di Malaysia dan di dunia yang memberi panduan untuk memberhentikan bacaan (waqaf) dan memulakan bacaan (ibtida'). Untuk melihat contohnya, sila layari blog saya drabdulrauf.blogspot.com/
Assalamualaikum
Pertamanya al-Quran in bukan untuk diwaqaf malah ia untuk dibaca dan boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja. Quran ini merupakan yang pertama di Malaysia dan di dunia yang memberi panduan untuk memberhentikan bacaan (waqaf) dan memulakan bacaan (ibtida'). Untuk melihat contohnya, sila layari blog saya drabdulrauf.blogspot.com/
assalamu'alaikum
nak beri penerangan sikit.. kalau saya silap tolong betulkan ye.. saya rasa ramai yang salah faham tentang perkataan WAKAF pada al-Quran ini. ramai yang faham, wakaf adalah satu bentuk sumbangan. tapi maksud sebenar WAKAF di sini adalah tempat MEMBERHENTIKAN BACAAN.. harap semua maklum..
assalamualaikum
WAKAF penting dalam membaca AlQuran. Oleh kerana kita tak faham bahasa Arab sepenuhnye, ditakuti bila kita memberhentikan bacaan, maksudnye akan tergantung.
Terimakasih pada Dr. yang berusaha dalam membantu kami. Allah jua yg akan membalas jasa Dr.
Post a Comment