Nuffnang Ads

Sunday, June 3, 2012

My Perodua Story...




Pertama kali bila dapat tahu pasal Perodua mengeluarkan model pertama MyVii pada tahun 2006, hatiku memang dah tertarik nak memilikinya. Kebetulan pada tahun yang sama tu...aku mendapat tawaran untuk Kursus Perguruan Lepasan Ijazah. So, dah aim pas dah mengajar memang nak beli MyVii..Tapiiiii....

Disebabkan aku dapat tawaran KPLI di Jitra Kedah..Jadinya ada peristiwa yang mana keadaan memaksa untuk aku dapatkan juga sebuah kereta pada tahun itu juga..Bila diingatkan kembali..memang nak gelak je. Pabila tiba masa untuk aku jalani latihan praktikal..aku dah susah hati dah.Mana taknya nak kena pergi sekolah yang jauh..nun di Perlis. Rumah sewa kat kawasan Kangar.Nak ke sekolah macamana?Gang-gang yang ada kereta semua dah kena sambar..Aku?risau sangat sampai meleleh gak air mata aku. Dalam otak dah pikir nak beli kereta dah. Siap kol akak aku nangis sedu sedan lagi.Nasib la dia cool jek..

Malamnya dah start kol mak ayah bagitau nak beli kereta.. Kebetulan memang aku ada duit simpanan untuk beli kereta. Tunggu masa je..Bila ayah dengar akan kepayahanku nanti..dia pun tolonglah surveykan MyVii untuk anaknya..Semuanya ayah aku yang tolong uruskan.Booking warna merah sebab warna kegemarannya. Tapi sebabkan aku nak cepat sangat kereta.Makanya apa-apa kaler yang ada pun ok je lah..

Memang cepat gaklah dapat kereta sebab tak pilih warna..Aku balik Johor untuk amik kereta dengan mak ayah aku ikut sekali ke Perlis..yang kelakarnya,hari ni amik kereta...selang dua hari dah servis pertama 1000km kat Kangar Perlis..Perodua sana siap cek 2,3 kali tarikhnya.Cepat benar servisnya..Mana taknya..Selatan ke Utara tuu.. Memang kenanganlah..Banyak jasanya MyVii Putihku..

Perodua MyVii memang bestlah drive.Kecil tapi best bila drive serta jimat minyak sesangat..

Korang ada kenangan dengan Perodua tak?


Published with Blogger-droid v2.0.4

0 idea dari anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...