Nuffnang Ads

Wednesday, February 29, 2012

Biru Mata Hitamku.. Nuffnang 5th Birthday Party


Happy Birthday Stickman Nuffnang !!! Ahad yang lepas, aku dapat invitation ke Nuffnang 5th Birthday Bash di Neverland Club. Memang kalau event macam ni lah dapat berjumpa dengan bloggers yang sangat peramah dan happening. Ini lah first time aku ke tempat macam ni. Nasib baiklah, ramai juga gang-gang melayu yang datang hari tu.




Ok,meh nak story sikit pasal jalan ke Neverland Club Jalan Kia Peng ni . Ingatkan susah juga nak cari tempat event Nuffnang kali ni. Yer la kan, aku bukannya dok kat area bandaraya Kuala Lumpur yang happening tu.. Nasib aku la pula hari tu hujan renyai-renyai, dengan keluar dari rumah jam 5.45 petang.. huhuhu dalam hati dah risau takut tak punctual. 


Nasib lah ada highway yang mempercepatkan masa untuk sampai. Aku lalu highway Cyberjaya, Putrajaya.. terus keluar Jalan Tun Razak. 2 kali tol yang aku kena bayar dengan jumlah RM4. Eh, macam murah la pulak. Pantas la pula masuk Bandar KL. Tak yah nak tempoh jem kat Jalan Sungai Besi tu.. Nak ke Jalan Kia Peng ni pun aku lalu shortcut jalan belakang..aku masuk Jalan Eaton. Terus masuk ke Jalan Kia Peng. Sekali gak la aku benti tanya uncle tepi jalan.. Rerupanya Neverland Club kat depan jek. Hah.. dah sampai. Kelakar jek.. Bayaran parking kat sini RM3 yek. Ingatkan free. Hehehehe (mana lah ada tempat free lagi kat KL ni)




Ok, aku sampai kat Neverland Club ni pukul 6.30 petang. Fuhh nasib la tak lewat. Kena daftar dulu nama dan dapatkan goodies bag yang sangat berat.. Aku tak kena lak cek i/c..dan aku tak tahu la pula yang nak masuk sini kena umur 21 tahun keatas. Kat sini sempat la juga hai hai dan laga-laga pipi dengan Nisa Kay.. Tercari-cari gak aku Nisa masa kat dalam.Tapi tak de jumpa la pula.




Ok, bila dah masuk..kena cop mohor kat tangan aku "I Love N". Hehehe.. Yes..I Love Nuffnang!! Terus ke wall event untuk snap gambar. Ada photgrapher bertauliah yang tolong snapkan gambar. Eh, gambar yang masa NAPBAS 2011 tu pun, aku tak sempat nak ambil lagi kat pejabat Nuffnang. Kalau kali ni kena ambil juga kat opis Nuffnang, bolehlah ambil sekali gambar NAPBAS tu. Hopefully masih ada lagi la kan.



Ok, ini gambar dari kamera Canon cute aku tu. Huhuhu..




Lepas tu, kita conteng-conteng sikit kat board ni. Sape yek lelaki dalam gambar ni? Aku pun tak kenal, main snap aje. Hehehe, sorry yek. Itulah yang aku conteng!!!


  

Sangat kebiru-biruan kan.. Sampaikan semua gambar dari kamera cute aku tu biruuuuu.. Jadinya, tak delah gambar bersama-sama bloggers yang lelain. Tapi tak pe, ada gambar kat kamera bloggers yang cecanggih lagi mahal itu. Bolehlah ambil dengan izin untuk simpanan ku nanti..




Ok, masa untuk acara nyanyi lagu besday dengan potong kek.. Lepas tu, apa lagi, acara makan-makan dan ada la juga live band show. Memang aku tak ambil gambar sebab suasana yang tak mengizinkan. Huhuhu




Inilah apa yang aku ngap. Hehehe, boleh tahan gak la makanannya.. Bila lapar, semuanya makan kan.. Lepas dah duduk-duduk, borak-borak.. aku keluar awal la juga. Tak tunggu untuk acara yang seterusnya. Tak tahan weiiii bunyi-bunyian yang membuatkan jantungku turut bergegar sama. Hehehehe. Twisties Bingittt..




Ok, ini hadiah dari pihak penaja. Banyak kan? Yang paling suka tu, ada frame Nuffnang yang sangat special tu. Thanx Nuffnang untuk jemputan kali ni. HAPPY BIRTHDAY!!! Sangat happy dapat jumpa dengan rakan-rakan blogger yang lain. Ada yang dah kenal, ada juga yang baru kenal dan ada juga yang pertama kali jumpa tapi rasa macam dah kenal lama. Hahhh macamana tu.


InsyaAllah, next time, next event.. kita jumpa dan borak-borak lagi ye..


Friday, February 24, 2012

Takwim NUTP 2012; Pelaksanaan SBPA..


Siapa yang jadi ahli Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia atau nama glamournya, NUTP? Kesatuan ni memang khas untuk para guru di Malaysia la kan. Rasanya majoriti guru akan menjadi ahli NUTP. Apa yang bestnya jadi ahli NUTP? Banyak maklumat dan keistimewaan yang akan para guru dapat dari sini. Bayaran bulanannya pun tak la mahal mana pun. Hanya RM6 sahaja tetiap bulan dan akan dipotong dari gaji terus.




Takwim NUTP macam kat atas ni diberikan kepada semua ahlinya. Yang ni hanya untuk ahli NUTP Negeri Sembilan sahaja. Banyak maklumat untuk para guru didalam ni. Banyak info yang aku dapat tahu. Contohnya mengenai Pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Persekutuan.




Hmm, tak berapa nak jelas? Sorry sesangat, kualiti gambar adalah bebiasa makanya, kurang jelaslah kan. Kat sini ada diletakkan Jadual Pemindahan Gred Jawatan / Gred Gaji untuk Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan. Siapa-siapa yang dah sign SBPA tu.. mesti dah tahu dalam kelompok mana kan..






Jadual gaji baru? Hmm tak pasti lah masih ikut yang ini atau pun tidak kan. Maklumat ni pun aku ambil dari Takwim NUTP 2012 tu. (Sekarang kan masih lagi berbincang dan belum lagi ada keputusan muktamad mengenai ini.) 




Siapa yang tak jadi lagi ahli NUTP, lebih baik la jadi ahli. Sekurang-kurangnya ada juga kesatuan untuk membantu kelak. Mungkin sekarang ni kita tak mengalami masalah apa-apa, tapi esok lusa kita tak tahu kan. Masa sangat cepat berlalu. Banyak perubahan yang mungkin akan berlaku, jadinya..bila ada kesatuan ni..sekurang-kurangnya suara kita didengari.


Thursday, February 23, 2012

Yeyyy!! Nuffnang's 5th Birthday Bash Invitation


Akhirnya, entri Nuffnang 5th Birthday Bash!!! Happy Birthday !!! dapat menambat hati Stick Man Nuffnang untuk bagi aku peluang join hari bahagia dia. Wah, kena mula siap sedia ni. hehehe.. Birulah mata hitam ku hari Ahad ni.  




Ada sesiapa yang pergi tak nanti? Boleh jumpa dan borak-borak. Dapat juga tambah kenalan dan tukar-tukar pendapat mengenai blogging ni. Bloggers yang akan hadir, jom komen kat sini, nanti boleh lah contact-contact nanti.



Wednesday, February 22, 2012

SOLUSI Panduan Hidup Bersyariat


Korang pernah tak baca SOLUSI? Tak pernah dengar ke sebelum ni? Bagi aku, SOLUSI sangat sangat bagus untuk dibaca kerana banyak sangat ilmu yang dapat dari pembacaan SOLUSI. Setiap bulan, dah tak miss nak dapatkan keluarannya. Walaupun harganya yang mahal iaitu RM10 (tapi bagi aku, tak mahal mana pun) ianya sangat berpatutan sebab ramai penulis hebat yang memang sangat dikagumi penulisannya dalam bidang masing-masing menyumbangkan artikel di setiap keluaran.




Untuk keluaran yang terbaru, isunya ialah MISTERI POLIGAMI. Ini mesti ramai pembaca dari golongan lelaki suka akan artikel didalam SOLUSI. Eh, tapi golongan wanita pun patut baca. Banyak ilmu-ilmu lain yang ada. Contohnya, HIJABISTA: Identiti atau ikutan? Satu isu yang sangat menarik dikupas oleh penulis.




SYURGA ITU BENAR? Keluaran yang ni paling best aku baca. Memang tak rugi keluarkan duit RM10 tu. Ilmu yang aku dapat, tak ternilai dengan RM10 tu. Korang ada baca tak?




Yang ini pun sesuai dengan aku. STRES: Manfaat dan Mudarat. Banyak panduan dan informasi aku perolehi bagaimana cara nak tangani stres dengan cara yang betul. Ada juga stres yang untuk kebaikan tau. Baru aku tau. Fuhhh...


Pendek kata, Majalah SOLUSI Panduan Hidup Bersyariat ni sangat bagus untuk dijadikan koleksi disetiap rumah. Ketika duduk goyang kaki, nak penuhi masa senggang kat rumah sesambil tu bolehlah baca artikel dalam ni. Penulisnya pun semuanya bukan calang-calang orang.. Kini, setiap bulan baru..akan kunantikan keluarannya.. Jom la try baca..mesti korang pun jatuh cinta.



 **Credit Picture : Google



Monday, February 20, 2012

DG Smart Phone and my Android Phone





Woww!!! DiGi Fandroid Day.. Bestnya..Sekarang ni sangat famous dengan gajet Android ni kan. Siapa yang tak pernah merasai pengalaman menggunakan Android memang rugi.. Segala fungsi yang sangat menarik dan rasa susah nak lepaskan gajet canggih ni dari tangan dan mata kan??? 


Yang mana satu menjadi pilihan hati aku? Sudah semestinyalah Samsung Galaxy Note. Siapa yang tak suka dengan gajet ni? Fuhhh teringin sesangat aku memilikinya. Walaupun ada lagi gajet yang terbaru dipasaran, hatiku tetap padamu.. Chewahhh..



Menarik tak ? Menarik, Tertarik D'Boomm.. Nak nak sekarang ni DiGi ada menyediakan plan yang sangat menarik. Pakej yang sangat berpatutan lah. Sesiapa pun boleh memiliki gajet Android ni.. Tak caya? Silalah percaya ye. Kalau tak percaya juga.. silalah ke DiGi Store ni untuk melihatnya. Boleh buka mata besar-besar dan gosok-gosok mata tu.. Hahahaha.. aku dah buat tadi.. Korang pun, bolehlah join aku buka mata besar-besar. Memang tak tahu nak pilih yang mana satu.


Kenapa la aku suka sangat dengan gajet Android Samsung Galaxy Note ni?

1.Aku suka sebabkan keluasan interface gajet ni..besar dan nampak dengan jelas.

2.Sebab, ada pen ajaib.. Hahaha, best kan bila time free free, boleh asah bakat dengan melukis menggunakan smart pen ni. Memang best lah. Boleh lakar wallpaper sendiri kat gajet kita tu.

3.Ada banyak fungsi menarik kat gajet ni. Contohnya :

a) Network : up to 21Mbps 850/900/1900/2100
b)1.4 GHz Dual Core Processor
c) Display : 5.3" WXGA (1280x800) screen dengan HD Super AMOLED (ini yang sangat menawan hati aku)

4.Boleh ambil video dengan kualiti gambar video yang sangat superb. Senang je, gajet yang boleh muat dalam beg tangan aku dan tidak berat. Bila-bila masa boleh ambil video yang menarik.

5.Kualiti gambar yang diambil pun jelas. Tak yah nak usung kamera besar gedabak pun..boleh juga mendapatkan kualiti gambar yang superb. Oh! I like it.



Kalau nak tengok spesifikasi yang lebih lanjut, boleh lihat di Spesifikasi Samsung Galaxy Note.

Ok, sebabkan aku dah minat sangat dengan gajet Android Samsung Galaxy Note ni, jadinya, mestilah nak tengok apa plan yang dah DiGi buat kan..





Haaa, tak cukup lagi info tentang DiGi Smart Plan??? Ok, meh tengok lak yang ni..




 Ada banyak lagi makmulat yang korang boleh tengok tau. Jangan segan silu untuk baca di SINI.


Apa yang menarik dan SMART nya tentang pakej DiGi Smart Plan ni bersama-sama dengan gajet Samsung Galaxy Note tu?

1. Pakej yang lengkap, yang mana semuanya ada. Yang bestnya, ada supplementary lines sebanyak 6 lines tu..best kan? Kalau  satu family guna ni, memang sangat berbaloi.

2. Ada rebate untuk Mobile Internet. Bila dah guna gajet Android yang super canggih..haruslah lengkap dengan penggunaan data plan kan? Internet harus superb. Barulah best layan..

3. Yang bestnya bagi seorang blogger macam aku ni, memang selalu nak online kan. Dimana-mana saje aku boleh update blog dan berinteraksi dengan kengkawan aku yang lain. Pantas.. Zaman IT serba canggih sekarang ni, semuanya dihujung jari je. Jadi..memang sangat sesuai aku ambil pakej DiGi ni dengan Android ni sekali. Berbaloi-baloi.

4. Pakej DiGi ni juga ada menyediakan pilihan untuk semua golongan. Sekarang ni, pelajar pun sudah menggunakan gajet. Jadi, kalau nak yang murah..bolehlah pilih pakej yang sesuai kan. Eh, bestnya. Dulu masa zaman aku belajar..tak de la pula semua ni.. Haaa, apa lagi yang tunggu..jom la kita ke laman DiGi.. Banyak lagi yang menarik boleh dilihat.




Sangat menarik kan? 



Bestnya la kan. Dah la ada DiGi Smart Plan. Ada pula DiGi Rewards. Memang bestlah DiGi.


Alangkah bahagianya kalau hidup ni dihiasi dengan gajet Android Samsung Galaxy Note di depan mata dan dapat dipegang. Kalau sebelum ni hanya boleh mimpikannya je. Tapi, tidak lagi dengan adanya DiGi Smart Plan ni. Memang terbaiklah. Tahniah DiGi.. Sekarang ni dah melebarkan sayapnya..



Sunday, February 19, 2012

Nuffnang 5th Birthday Bash!!! Happy Birthday !!!


Wah, dalam sedar tak sedar.. Nuffnang dah menjangkau usia 5 tahun!!.. Seronoknya..tak lama je lagi, akan ada party birthday.. weehuuuu!!! Happy Happy for stick man Nuffnang!!


Credit Picture : Nuffnang

Woww kalau tengok kat iklan atas ni, party bithday ni akan diadakan pada 26 February 2012. Tak lama je tu. Terujanya kalau dapat jemputan ni. Mesti happening !!!


Macamana ye famous Nuffnang stick man ni akan menyambut his 5th birthday??

Credit Picture : Nuffnang

Disebabkan tema warnanya kali ni ialah warna BIRU.. (my favourite color tu..) Jadinya aku dah setkan yang kali ni mesti cool party.. Fuhh best tu.. Suasana yang aman dengan pemandangan biru mata hitam ku. hehehehe


Ok, kalau bab imaginasi ni memang best la kan..Aku letakkan tema kali ni ialah COOL PARTY.. 
Memula kita lihat dulu dekorasi tempatnya..



Bayangkan kalau dihiasi dengan belon angka 5 warna biru ni. Mesti meriah dengan belon la tempat tu.



Suasana dalam tempat tu pula kalau macam ni mesti cool kan? Sejuk je nyaman je. Hehehehe.. 
Eh betul apa kan. Best tak kalau Nuffnangers dapat bermingle-mingle sesama dalam suasana macam ni?


Ok, dah siap mengenai dekorasi, kita bayangkan makanan la pula kan. Harus lah ada desert dan makanan ringan. Dah borak-borak, mesti perut rasa lapar dan dahaga kan. Betul ke tidak? Betul Betul Betul.



Alangkah bahagia rasanya perut ni kalau dapat santapan yang sebegini penuh 1 meja.. 
Memang terbaiklah kan.



Kalau ada candy bar macam atas ni pun best. Memang biru itu cool.. 
Sambil-sambil tu leh la maniskan mulut.



Dapat pula desert cup cake yang cute serta sedap dan minuman yang serba biru macam ni, 
lagilah terasa cool. Memang akan ingat sampai bila-bila punya..


Ok, lepas tu dilengkapi pula dengan segala aksesori cool yang berwarna biru. Eh, biru itu menawan lah.. Memang sangat sesuai untuk stick man Nuffnang..



Dapat pula goodies bag atau favor bags warna biru, party hats, tags, trompet..
ishhhh pendek kata memang meriahlah.. 



Last sekali kita conteng-conteng sikit lah kat guest book yang sangat menarik ni kan..untuk dijadikan kenangan ulangtahun Nuffnang yang ke-5..


Credit Picture : Blog Rizman Ruzaimi


Alangkah bestnya kalau aku dapat jemputan ke majlis cool party stick man Nuffnang ni.. Boleh usha-usha closet dah ni.. Mari cari baju warna biruu...Hmmm, apa yang sesuai dengan tema Cool Party ni yek???Kalau ada best dress, sure Nuffnangers yang hadir akan teruja dengan pakaian kebiru-biruan yang meletops..


Last sekali..nak wish birthday awallah untuk Stick Man Nuffnang.. HAPPY BITHDAY!!!



**Gambar diatas dari carian Google..



Saturday, February 18, 2012

Setem Netherlands didapati di Muzium Negara Malaysia..


Siapa yang minat mengumpul setem? Dulu-dulu kan masa sekolah rendah, cikgu selalu gak tanya apa hobi awak. Pas tu, kena tulis kat borang 001 kan.. Bila tengok balik..hobi aku masa dulu kumpul setem. Fuhhh!! betul ke? Iyer la..siap ada album setem lagi. Tapi album tu akak aku yang punya la..bukan ahmad albab yang punya. hahahaha...




Mana pula la aku dapatkan stamp Netherlands ni? Hmmm yang sebenarnya, setem ni anak buah aku yang beli masa dia pergi buat lawatan kat Muzium Negara. Pandai gak la kiranya budak darjah 3 ni membeli barang yang berfaedah. Tak la beli yang bebukan.. Bila tanya apasal beli setem ni? Dia jawab ntah.. hahaha,jawapan bebudak ni, boleh tahan gak.




Dalam packaging tu, bukan main banyak lagi setem-setem ni. Harganya pun murah juga. Tak lebih dari RM10. Harga tetapnya dah tak ingat la pula berapa..




Yang ni sempat la susun sikit. Pas tu, aku dah tak mampu nak menyusunnya lagi sebabkan banyak sangat.. Ni pun sebab nak ambil gambar je..




Ok,sesambil tu, korang tau tak kat mana Netherlands ni? Bila digoogle, aku jumpa la ni..Haaa, bila tengok Peta Netherlands, mesti boleh agak dan tahu dah kat mana kan..Negara yang terkenal dengan bunga tulip dengan kincir angin..Cantik sungguh Netherlands, tapi.. secantik dinegera orang, lebih baik dinegara sendiri kan..




Netherlands memang tempat yang menarik untuk dilawati kan? Kalau berminat nak tahu dengan lebih lanjut, boleh baca di SINI.  Gambar di atas ni pun aku ambil dari SINI.



Friday, February 17, 2012

Diet...


Apa menu makan malam aku minggu ni? Haaa seminggu je pun. Sebelum-sebelum ni tak pulak nak jaga ye tak. Hahaha.. ok la,kali ni makan buah jek. Ohh kenyang juga diet makan buah ni ek. Memang bagus lah untuk penghadaman perut. Bukan setakat kita ni kena jaga pemakanan je kan..




Apa yang boleh membantu kita bakar kalori ni? Semestinya la tak lain tak bulan berjalan 10,000 langkah sehari. Fuhhh!!! memang tak terdaya la den nak mengejor angka 10,000 tu kan.. Tapi at least tugasan kerja ku menuntut diriku bergerak ke sana dan ke mari, naik turun tangga.. Tapi tak pernah la pula nak mengira berapa banyak langkah yang aku dok langkah hari-hari.. hahahaha.. Tapi, kalau ada yang rajin...bolehlah gunakan aplikasi yang adalah handphone cecanggih korang tu untuk kira langkah. Simpan dalam poket baju kurung atau poket seluar..(Eh, ada lagi ke baju kurung yang berpoket?Tapi aku ada lagi..mak jahit la katakan..)


Haaa bila dah bergerak-gerak banyak langkah tu, barulah ok diet malam makan buah jek. Hahaha.. Betul ke? Kalau salah, janganlah ikut cara aku ni..



Thursday, February 16, 2012

Apam Love..


Wahhhh nama Apam Love tuuu.. Sebenarnya kali ni nak cerita pasal kuih apam. Tapi sebab  tak tau namanya, jadi aku letaklah nama apam love. Sebab kuih ni berbentuk love. First time aku nampak kuih ni kat kantin sekolah, terus macam eh..nak try lah. Bila dah try makan, memang berulang-ulang aku membelinya. Sebabkan harganya ok la kan, 3 biji ni RM1 aje..so, cukuplah untuk aku makan.




Selalunya ada 2 jenis perisa apam ni. Yang warna hijau tu, intinya kelapa. Yang biru tu pula  inti kacang. Ada sekali tu aku beli, intinya coklat.. Memang sedaplah.. Tapi masalahnya, kat kedai luar tak de pula aku jumpa kuih apam ni. Biasanyakan, aku selalu dengar dan makan apam polkadot yang memang famous tu..Maknanya, kalau nak beli apam love ni dalam kuantiti yang banyak..kena tempah la. Tak pun, belajar buat sendiri. Lagi jimat ye tak? Hahahaha.. 


Korang pernah makan kuih apam macam kat atas ni?



Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun. Santapan halwa telinga yang syahdu..


Bila mendengar alunan zikir dari penyanyi Hafiz Hamidun ni terasa tenang aje. Sangat bagus untuk santapan halwa telinga ku..First time dengar tertanya-tanya gak ni zikir nyanyian siapa yek? Bila dah dapat tahu, memang tercari-cari la nak mendapatkannya. Bila mendengarnya memang terasa seperti tidak memikirkan perkara yang lelain tu..Lagipun, namanya pun zikir terapi diri kan.. memanglah tenang mendengarnya.



Kalau ada yang nak juga mendapatkan album ni memang dialu-alukan. Memang bagus dan harganya pun tak mahal. Harga mampu milik, hanyalah RM19.90 sahaja..



Dalam cd ni ada dimuatkan 11 lagu ataupun ada 11 track yang mana ada 1 lagu bonus yang memang best juga rentak, alunan dan melodinya. Ala-ala padang pasir..

Antara zikirnya ialah :

1.Astaghfirullah
2. Lailaha Ilalallah
3. Subhanallah
4. Taubat Nasuha
5. Hasbi Rabbi
6. La Hawla Wa La
7. Alhamdulillah
8. Ya Zaljala
9. Ya Latif
10. Allah
11. Lawkana Bainana



CD Irama Terapi.. Warnanya pun tenang je. Purple soft. Boleh tengok tajuk lagu zikir kat gambar atas ni. Ok, kesemua lagu zikir dalam cd ni best dengar dan kita boleh sama-sama berzikir. Alunan melodinya memang melodi moden masa kini. Sangat sesuai..



Kalau nak tahu detail mengenai penerbitan Abum Zikir Terapi Minda ni, dalam covernya ada dicatatkan selengkap-lengkapnya. 




Sangat berbaloi beli Album Zikir Terapi Minda dari Hafiz Hamidun ni.. Bila mendengarnya terasa tenang jiwa, hilang sekejap hal duniawi ni. Memang baguslah Hafiz Hamidun kerana mengeluarkan album yang sebegini. Sangat praktikal untuk masa sekarang..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...